Sabtu, 30 Julai 2011

Ramadhan Bertandang Lagi

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. 
Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. 
Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. 
Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. 
Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. 
Insya Allah. 
Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri. 
Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."
 
Ibadah Puasa

" Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertakwa."
Surah Al Baqarah, ayat 183

Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:


"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."
Pembaca sekalian,

Dengan adanya sedikit sebanyak tentang Ramadhan, Insya Allah denagn izin-Nya kita dapat menunaikan puasa pada tahun ini dengan penuh kekhusyukan dan penuh ikhtiar.
Banyak amalan murni boleh dilakukan untuk mendapat keredhaan Allah di bulan Ramadhan yang mulia ini.
Antaranya:

  • Mengutamakan Sahur & Mentakhirkannya Selama Tidak Khuatir Akan Terbitnya Fajar
  • Segera Berbuka Puasa Apabila Sudah Masuk Waktu Berbuka
  • Berdoa sepanjang berpuasa dan ketika berpuasa
  • Menjauhi perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa
  • Bersiwak/menggosok gigi
  • Bermurah hati & banyak menderma
  • Menggandakan amalan membaca & mempelajari Al-Quran
  • Memberi makan untuk berbuka puasa
  • Mendirikan malam dengan solat sunat Tarawih
  • Giat beribadah pada 10 hari terakhir Ramadhan
  • Beriktikaf pada 10 hari terakhir Ramadhan



    Jadikan puasa sebagai satu amalan yang dapat meningkatkan
    Iman dan Taqwa kepada Allah S.W.T.



    Selamat Menunaikan Ibadah Puasa, pembaca sekalian!








    Oh ya, sebelum saya terlupa.
    Malam tadi, saya dan keluarga membuat satu majlis gathering di rumah saya.
    Kepada hadirin yang sudi hadir malam tadi, terima kasih atas kesudiannya.
    Terima kasih juga buat hadirin yang solat Jemaah Ishak bersama kami sekeluarga malam tadi.
    Makanan yang disediakan beraneka rasa! 
    Lagi enak dimakan bersama!! :)

    Syukur, Alhamdulillah.
    Semuanya berjalan dengan lancar.
    Terima kasih, semua!!

    1 ulasan:

    Mia berkata...

    best !! :) follow sy , ok!!