Ahad, 25 Mac 2012
Jumaat, 16 Mac 2012
PROGRAM JERAYAWARA BAHASA DI SMK BUKIT KEPAYANG BERSAMA GCBM TN. HJ. SAMAT BUANG
Kenangan Bersama Tn Hj. Samat Buang Guru Cemerlang Bahasa Melayu |
Aktiviti Kelok Bahasa |
T
Pengetua SMK Bkt Kepayang :Pn Hjh. Sadariah Md Jali Menyampaikan sijil Penghargaan |
Sekolahku Syurgaku |
Pn Norshamsila Saludin |
Peserta Bengkel |
Tengah tekun tapi dalam kepala macam-macam perkara difikirkannya |
Kak Fauziah&Thilaham tekun menulis |
Tekunnya Kak Jas,Kak Norliza& Kak Eton |
Sajak untuk Tatapan murid-muridku
Pesan Seorang Cikgu
(norshamsilasaludin.blogspot.com)
Anak didikku
pabila kau atur langkahmu ke gedung ilmu
bayangkan wajah ayah dan ibumu
membanting kudrat dari urat dan tulang
di celah timbunan konkrit atau di tengah permatang
Anak didikku
bukan gunung dan lautan jadi bandingan
titipan kasih sayang bukan taruhan
demi dirimu amanah dari Tuhan
tak rela mereka persiakan
Anak didikku
nanti pabila kau atur langkah pulangmu
bayangkan wajah-wajah gurumu
yang masih di bilik guru
mencari kekuatan baru
untuk hari esok
pabila kembali bersama
Anak didikku
bukan hadiah tukaran jasa
bukan balasan yang ku pinta
cukuplah dengan cemerlang intelekmu
tamsil keringat yang dicurah
menjadi manusia terbilang.
Saat itu
titiplah sebuah ingatan
pabila kenangan mula menguntum
rindu pun mengharum
taman perjuangan ini...
Langgan:
Catatan (Atom)